Minggu pertama KOKO pada tahun 2012

Assalamualaikum , sekian lama tidak meng-update blog ini , saya minta maaf sangat-sangat . Pada tahun ini sudah 2 bulan mereka bersekolah dan pada hari ini juga adalah hari pertama mulanya KOKURIKULUM . 

Ramai yang hadir pada hari ini ia merupakan kehadiran yang bagus , harap ia berterusan sehingga hari terakhir KOKO ☺ Tidak juga diingatkan oleh semua guru ! 

Untuk masa akan datang saya akan update lagi ,
byebye . 



Pelancaran Minggu Pendidikan Kerjaya .

Minggu Kaunseling Kerjaya pada 31 Oktober hingga 3 November 2011 disempurnakan oleh Puan Siti Sarbanon binti Mohd Amin , Guru besar SK Seri Kundang . Acara yang diadakan explorasi minda , pertandingan montaj , kaunselor muda , ceramah , pertandingan pakaian kerjaya , ujian personaliti dan lain-lain lagi .

Program diharap dapat memberi info yang berguna tentang peluang untuk melanjutkan pelajaran dan kerjaya pada masa hadapan .

KickStart Academy .

Pada hari Khamis bersamaan , 27.10.2011 . Sekolah kami telah mengadakan motivasi yang bertajuk Pergi dan Balik Sekolah Selamat bersama Dr. Saiful Hamiruzzaman yang dikenali sebagai daddy . Daddy juga dibantu oleh beberapa pembantu untuk membuat demontrasi (DEMO) . Motivasi itu bertujuan untuk mengajar murid-murid bagaimana untuk mengelakkan diri daripada kemalangan & diganggu oleh orang yang tidak dikenali.

Motivasi ini bermula dari pukul 12 tengah hari hingga pukul 1:30 petang. Walaupun motivasi ini mengambil masa yang agak singkat , tetapi kami berasa bersyukur kerana dapat mengetahui serba sedikit tentang menjaga keselamatan diri. KickStart Academy juga ada Facebook untuk murid-murid menanyakan soalan. Jika hendak pergi ke Facebook KickStart click SINI !  Kami murid-murid dari sekolah SKSK , berharap KickStart Academy akan datang lagi ke sekolah kami !

Ini sahaja yang dapat kami sampaikan ,
Bye-bye .

Kem Matematik siri 1 & 2 (Gambar)

Alhamdulillah , Kem Matematik siri 1 & 2 telah berjaya dilaksanakan pada 30 Sep - 1 Okt ( Siri 1 ) dan 6 Okt - 7 Okt ( Siri 2 ) . Terima kasih kepada guru-guru dan fasilitator yang terlibat . Semasa kem itu berlangsung , salah seorang daripada ahli PRS telah merakam gambar-gambar .

Di bawah adalah sebahagian daripada gambar yang diambil sewaktu kem .

 Ini adalah Ujian Pengukuhan bagi mengukuhkan cara menjawab soalan Matematik mengikut kaedah yang betul ...


Ketika solat Subuh .

Tengok muka mereka semua tak sabar-sabar nak makan . 

Senaman pagi bersama Cikgu Azizi .

Explorace . Susun puzzle 
Explorace . Pening pening kerusi muzik , mereka semua bekerja sama untuk menjawab soalan yang disediakan . 

 Ini sahaja yang saya boleh kongsikan bersama .
Sekian terima kasih
Bye bye .

Mesyuarat Guru - Guru Kaunseling

Pada hari ini , bersamaan 12.10.2011 . Guru - guru Kaunseling diseluruh Daerah Gombak telah mengadakan mesyuarat dan Sekolah Kebangsaan Seri Kundang telah menjadi tuan rumah ... Serta telah dibantu oleh 6 orang ahli PRS iaitu ;
Muhammad Rasul Qusyairi
Nurfarah Damia
Qisti Isyraf
Lynda
Muhammad Izzat Syafiq
Nor Izzaty

Mesyuarat tersebut bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tghri . Disertai oleh 60 orang guru-guru kaunseling Daerah Gombak .

Aktiviti pada 7.10.2011

Assalamualaikum . Pada hari ini murid - murid tahun 6 , telah mengadakan perlawanan bola jaring dan bola sepak antara kelas . Keputusannya ;

Bola Sepak ;
1 . Kelas Dahlia Wangi
2 . Kelas Kenanga Sepi
3 . Kelas Mawar Manja
4 . Kelas Jasmin Ayu
5 . Kelas Anggerik Desa
6 . Kelas Serai Wangi
7 . Kelas Cempaka Biru

Bola Jaring ;
1 . Kelas Cempaka Biru
2 . Kelas Anggerik Desa
3 . Kelas Serai Wangi
4 . Kelas Jasmin Ayu
5 . Kelas Dahlia Wangi
6 . Kelas Kenanga Sepi
7 . Kelas Mawar Manja

Itulah kedudukan para pemain . Yang kalah jangan berputus asa , yang menang pula jangan sombong .

Sekian sudah ,
Bye bye !

Kem Kecemerlangan Matematik siri 2

Assalamualaikum . Kepada semua PRS yang terpilih untuk menjadi fasilitator untuk program di atas diharap bersedia dari segi fizikal dan mental . Tahap kesabaran dalam keadaan maksimum supaya program ini menghasilkan impakmaksima .

Kepada adik adik tahun 5 yang akan mengikuti program ini , sesungguhnya anda bertuah !.... so , ikutilah program ini sebaik baiknya .

# Kak Mia
# Kak Alia
# Kak Mika
# Abang Syazani
# Abang Syafiq
# Abang Izzat
# Abang Rasul
Kami sedia membantu kamu semuaa !
Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat mengusahakan dan menjayakan program ini , especially Guru Besar ( Puan Siti Sarbanon ) dan semua guru penolong kanan .

Untuk gambar-gambar program , tungguuuuuu !